Adab Sosial Budaya Kita

Masyarakat Melayu menggalakkan kunjung-mengunjung di antara jiran tetangga, sahabat-handai dan saudara-mara. Ini telah menjadi sebahagian daripada budaya kita.

Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan "Assalamualaikum".Semasa melawat ke rumah seseorang, pelawat biasanya menanggalkan kasut di depan pintu atau di panggal tangga. Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya, tetamu dan tuan rumah duduk bersila. Bagi orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan bersimpuh. Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan luas Jika dihidangkan jamuan adalah tidak elok ia menolaknya walaupun ia kenyang.

Semasa sampai dan apabila hendak balik ia harus bersalam dengan tuan rumah dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan dan selepas itu menyapu ke muka atau ke dada. Ia hendaklah menjamah sedikit hidangan itu. Lawatan ke rumah orang Melayu tidak harus dilakukan pada waktu senja kerana ketika itu waktu sembahyang maghrib. Dalam masyarakat India, membuat kunjungan selok – eloknya dilakukan pada yang sesuai. Misalnya jika membuat kunjungan bagi kali pertama dalam masa Tahun Baru ( Hindu ) atau mengunjungi rumah orang yang baru berpindah, kunjungan pada hari Ahad atau Selasa atau Khamis adalah dilarang kerana hari itu dianggap kurang baik. Semasa memberi salam kaum India mengamalkan berbagai caranya tetapi cara yang biasa ialah merapatkan kedua tapak tangan dan mengangkatnya sehingga ke dada. Perbuatan itu sambil mengucapkan kata – kata seperti “ Vanakkam” ( Tamil ), “ Namaste” ( Hindi ) dan “Sastrigal” ( Sokh ). Selain itu disertakan juga pertanyaan mengenai kesihatan atau keadaan keluarga, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.

Sebelum masuk ke dalam rumah, kasut hendaklah dibuka dan ditinggalkan di luar pintu. Jika tuan rumah menghidangkan minuman atau kuih – muih adalah kurang manis bagi pelawat menolaknya tanpa sebab munasabah. Ia hendaklah sekurang – kurangnya menjamah sedikit.Apabila benda diberi atau diterima, pemberi atau penerima hendaklah menggunakan tangan kanan. “ Saya pergi” hendaklah

dielakkan kerana ertinya seolah – olah pelawat itu tidak ingin datang lagi ke rumah itu. Yang baiknya pelawat mengatakan “ saya akan datang lagi” waktu meninggalkan rumah itu. Biasanya tuan rumah mengiringi pelawat sampai keluar halaman rumah dan mengucapkan “ selamat jalan dan datang lagi” sambil merapatkan kedua belah tangan dan mengangkatnya ke dada. Semasa mengunjungi rumah kaum Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.

Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlahhendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab – sebab yang sangat penting.

0 comments:

Post a Comment